Thursday, 24 December 2015

SEM 2 begun!

wuish aku rasa dah lama tak update blog ni. dah berkurun dah aku tak update huhu. aku rasa aku dikerumuni oleh banyak sesawang kehidupan, cewahhhhh ayat baget nak mampos. guess what? aku dah berapa bulan dekat kuis. kan dulu aku tak suka masuk kuis sebab aku rasa terpaksa. aku kan nak sangat dekat interior designer. so that's why lah. hmm. sem 1 dah pun berlalu. yelaa asasi en 1 sem ada tiga bulan. setahun pulak ada 3 sem. so nanti degree aku sambung luar. kena ambil muet lah kiranya ni. apa boleh buat kalau sudah begitu takdir kehidupanku :').

pointer sem 1? takyah nak tahu sangat lah der. dah berlalu pun perkara tuh. aku tak nak ingat apa apa dah pasal benda tu. benda pun dah berlalu and we have to move on. tapi masalahnya aku tak move on lagi nak ingat pasal benda tuh. masih terngiang-ngiang atas kepala. aku rasa aku malas belajar lah sekarang. gile wehhh. tak ada kesedaran aku nih. aku pun tak tahu macammana nak handle perangai buruk aku ni.

kalau balik rumah mesti tak ada mood nak belajar sebab wifi dia kuat :'). aku tak boleh break up dengan wifi tersebut. so ada je benda aku nak buat dengan wifi ni. kalau tak ada nak buat aku tetap jugak cari benda yang boleh buat dalam wifi ni. hmm. aku dah masuk sem 2 dah ni. entah lah. makin banyak dugaan time sem 2 ni. dugaan pelajaran lah, kewangan lah. biasalah student kan. bukan student dekat tahu, student jauh huhu. dekat sabah. so kekadang duit dekat mesin ATM tu ada tak ada. sebab ramai sangat nak ambil duit kat situ. lebih-lebih lagi dekat dengan kolej, jadi berpusu-pusulah manusia dari kolej ni nak ambil duit. kalau aku lambat memang nasib aku lah, kena lah pandai-pandai berjimat. kekadang, parents tak sempat nak bank-in.... first, lupa. second, tak sempat. ini lah dugaan orang jauh :') sebenarnya lah.

atleast boleh jugaklah aku hidup dekat KUIS ni taklah teruk dan leceh sangat pun. just mentoring...usrah tu...masih lagi ada. macam dekat asrama. kekadang menyampah pun ada hukhuk. tak menyampah sangad pun biasa-biasa jer. hmm.

haritu aku midterm subjek komunikasi & tafsir alquran. bapak confius doooo soalan dia. aku rasa macam aku nak makan jew kertas-kertas soalan tu em. menggeramkan pun adoooo. tafsir ni kena hafal-hafal. dahla bab menghafal ni aku ke laut sikit. lainlah kalau komunikasi. just baca jer. aku dah khatam dah benda tu tapi entahlah kenapa time jawab aku bnyak ragu-ragu. tak apa. baru sikit. belum lagi final nanti :').

isnin ni aku midterm ulum quran & presentation bahasa inggeris. OMG. aku rasa tak sedia dengan presentation aku. dahla b.i aku ni ke darat, nak kelaut. aku tak on lah dengan b.i ni. aku tahu nak buat dalam exam but pronounciation dia aku takleh move on lah. hm. sangat menggeramkan. aku takpandai nak sebut betul-betul. kekadang kalau aku nak baget speaking, aina mesti tegur aku dan betulkan aku. aku malu weyh. macam orang tak berpelajaran pun adoooo. aku rasa maruah aku jatuh sedikit. kekadang geram jugak dengan aina ni, ni bukan tegur pelahan lahan, kuat pulak tu. rasa macam nak tampar pun ada tapi takpe la. belajar en. kenapa nak tampar orang kalau nak belajar en. huhu. dan guess what? aku tak study pun ulum tu. aku kira nak study petang ni. hopefully masuk.

klah gaisz nanti sis cerita lagi. banyak benda nak buat pasni. laptop ni dah panas boleh buat maggi goreng kari dah, okayla. doakan sis midterm and presentation. muah ciked.

pen off.

No comments:

Post a Comment